Wednesday, September 15, 2010

Al-Quran dan Kejadian Manusia

0comments
Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan Baginda s.a.w. memimpin manusia berdasarkan apa yang Allah s.w.t wahyukan kepadanya. Terdapat di dalam Al-Quran penerangan terperinci mengenai penciptaan manusia dan peringkat-peringkat perkembangan manusia

Ada disebut di dalam Al-Quran, kitab suci orang Islam, bahawa manusia terbentuk hasil dari percantuman antara air benih lelaki dan wanita. Beberapa ayat memperkatakan tentang penciptaan manusia dari setitik air mani, dan ada juga ayat yang menyatakan bahawa ‘makhluk‘ yang tehasil dari percantuman itu akan hidup seperti ‘benih’ di dalam tubuh wanita enam hari selepas kemudian. (‘Blastocyst’ manusia mula hidup selepas 6 hari percantuman antara benih lelaki dan telur wanita. Rujuk gambarajah di bawah)
Blastocyst

Al-Quran juga menyebut bahawa air mani bertukar menjadi seketul darah beku. (‘Blastocyst’ yang hidup atau yang keguguran berbentuk seperti darah beku). Selain dari itu, menurut Al-Quran embrio juga dinyatakan berbentuk seperti lintah. Embrio sememangnya berbentuk seperti seekor lintah. Embrio juga disamakan bentuknya dengan sesuatu yang dimamah- seperti ‘gum’ atau kayu. (‘Somites’ memang nampak seolah-olah sesuatu yang ada kesan gigi akibat dimamah- Tengok gambarajah di bawah).

Asal-asal Kejadian Manusia

0comments
Apakah sudah ada buku-buku mengenai pekembangan embrio di zaman Nabi Muhammad S.A.W???
Jawapannya adalah orang-orang Greek purba memang memberi perhatian kepada kajian embrio dan ramai daripada mereka yang telah cuba menerangkan apa yang terjadi kepada janin dan bagaimana ia berkembang dan membesar. Aristotle, salah satu daripada yang lain-lain, cuba mengemukakan teori-teori mengenai kajian embrio, tetapi adakah disebut mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio itu?

Gambar Fail

Sememangnya pengetahuan mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio ini hanya diketahui pada pertengahan kurun ke-9 dan tidak pernah terbukti kesahihannya hinggalah pada permulaan kurun ke-20. Jadi, kami bentangkan kepada anda bahawa perkembangan embrio dinyatakan di dalam Al-Quran malah menggunakan nama yang tepat.

Hubungan Antara Al-Quran dan Sains

1 comments
Sains moden telah memberitahu kita bahawa perkembangan manusian di dalam kandungan melalui beberapa peringkat. Sedangkan Al-Quran telah menyatakan perkara yang sama sejak 1400 tahun yang lalu.”

Selepas penciptaan mikroskop di kurun ke-16, para doktor kurun ke-17 mempercayai bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada air mani lelaki sahaja, khasnya ‘sperma’ lelaki. Teori ini dipakai oleh ahli-ahli sains kurun ke-17 dan sebahagian daripada kurun ke-18 untuk menegakkan kepercayaan mereka bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada ‘sperma’ lelaki sahaja. Tetapi, apabila di kurun ke-18b penemuan sains menunjukkan telur wanita (‘ovum’ ) jauh lebih besar daripada ‘sperma’, mereka terus melupakan peranan lelaki (dalam pembentukan manusia) sebagaimana mereka melupakan peranan wanita di kurun ke-17.

Penemuan fakta bahawa perkembangan embrio manusia melalui beberapa peringkat hanya ditemui di pertengahan kurun ke-19.

“Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?” (Maksud Al-Quran Surah Nuh, 71: Ayat 13-14)

“Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita . . .” (Maksud Al-Quran Surah Az-Zumar, 39: Ayat 6- untuk makna penuh, sila lihat dibawah)

Peringkat Perkembangan Janin Menurut Al-Quran

0comments
“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian malaikat akan bertanya, “Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia kehendaki” (Sahih Muslim- Kitab Al-Qadar).

Gambarajah ini menunjukkan janin ketika berumur 35 hari (Tidak ditunjukkan- peng), yang tidak menyerupai manusia. Gambarajah seterusnya menunjukkan janin yang sama ketika 42 hari. Setakat ini, kata Dr. Persaud, kita tidak dapat camkan bentuk manusia. Kita boleh lihat gambarajah ini, , menunjukkan janin di hari ke-42 Seminggu kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus selepas 42 hari, bentuknya bertukar secara mendadak seperti yang dapat kita lihat (Hadis Nabi sallallahu’alaihiwasallam berbunyi (maksud):

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang . . .”


Embrio

Pembentukan Muka Janin

Jika amalan-amalan lucah berlaku di kalangan manusia dan kemudiannya menjadi satu amalan biasa dan terbuka, wabak dan penyakit-penyakit baru yang tidak pernah ada sebelum ini akan merebak di kalangan mereka” (Ibn. Maajah, Al-Hakim)

Dan ini adalah huraian seorang saintis iaitu Profesor Persaud mengenai Hadis ini:

Monday, September 6, 2010

Blog Still In Construction

0comments

Patience my friend, is a virtue. I just hope you can wait while I still working on this blog. Soon or later I will going to post something related to my blog title. 


While you are waiting for my blog, I encourage you to visit my brother's blog. His blog is cool and informative. Just leave a comment after you reading his post. Have fun!


Some of his post that should make you smile :
 

Bio-Quran : Kejadian Manusia © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates