Wednesday, September 15, 2010

Asal-asal Kejadian Manusia

Apakah sudah ada buku-buku mengenai pekembangan embrio di zaman Nabi Muhammad S.A.W???
Jawapannya adalah orang-orang Greek purba memang memberi perhatian kepada kajian embrio dan ramai daripada mereka yang telah cuba menerangkan apa yang terjadi kepada janin dan bagaimana ia berkembang dan membesar. Aristotle, salah satu daripada yang lain-lain, cuba mengemukakan teori-teori mengenai kajian embrio, tetapi adakah disebut mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio itu?

Gambar Fail

Sememangnya pengetahuan mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio ini hanya diketahui pada pertengahan kurun ke-9 dan tidak pernah terbukti kesahihannya hinggalah pada permulaan kurun ke-20. Jadi, kami bentangkan kepada anda bahawa perkembangan embrio dinyatakan di dalam Al-Quran malah menggunakan nama yang tepat.

Dalam hanya beberapa Aayah (ayat-ayat Al-Quran) terdapat satu keterangan yang amat lengkap terntang perkembangan manusia (janin) mulai dari ketika percantuman ‘gametes’ hinggalah peringkat ‘organonenesis’. Tidak pernah ditemui satu rekod selengkap itu mengenai perkembangan manusia (janin), seperti pengkelasan, penamaan, dan penerangan mengenainya. Jika tidak kesemuanya pun, kebanyakan daripada penerangan itu mendahului (bebrapa kurun) rekod-rekod saintifik mengenai perkembangan embrio manusia dan janin yang boleh ditemui dalam kajian sains biasa.
Walaupun kelahiran-tanpa-bapa Nabi Isa alaihissalam ialah satu kepercayaan Kristian, ramai dari orang-orang Kristian yang tidak bersetuju dan menegaskan bahawa Nabi Isa mesti berbapa kerana kelahiran-tanpa-bapa suatu yang tidak logic dari sudut sains. Mereka berhujah sedemikian,. Mungkin mereka tidak sedar boleh berlaku penciptaan manusia tanpa bapa. Allah subhanahu wata ‘ala berfirman bermaksud:
”Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.” (Surau A-Li-‘Imraan, 3: Ayat 59).

Terdapat tiga jenis penciptaan manusia yang luar biasa.

1.Nabi Adam, yang diciptakan tanpa ibu dan tanpa bapa

2.Hawa, yang diciptakan tanpa ibu

3.Nabi Isa, yang diciptakan tanpa bapa.

Justeru, Dia yang berkuasa mencipta Nabi Adam alaihissalam tanpa bapa mahupun ibu sudah tentu berkuasa pula menicpta Nabi Isa ‘alaihissalam tanpa bapa. Walaupun dengan bukti sedemikian, orang-orang Kristian masih terus bertelagah walaupun Allah subhanahu wata ‘ala telah menunjukkan pelbagai bukti. Bila ditanya megapa mereka masih meneruskan kontroversi itu, mereka menegaskan bahawa mereka tidak pernah melihat seseorang yang dicipta tanpa bapa dan tanpa ibu. Bersalahan dengan pendapat itu, sains moden telah membuktikan banyak binatang dan kehidupan lain yang dilahirkan dan membiak tanpa adanya pihak jantan (‘bapa’) di dalam kelompok mereka. Contohnya, lebah jantan lahir daripada telur yang tidak disenyawakan oleh pihak jantan. Sedangkan telur yang disenyawakan oleh lebah jantan pula akan lahir sebagai lebah betina. Maknanya lebah jantan dilahirkan daripada telur lebah permaisuri tanpa disenyawakan oleh lebah jantan. Hari ini, kita mempunyai peralatan sains untuk mensenyawakan telur (dari pihak betina) beberapa mahkluk supaya telur itu berkembang tanpa persenyawaan dari pihak jantan.
Dalam satu pendekatan yang lain, telur yang tidak disenyawakan dalam beberapa species amfibia dan mamalia bawahan boleh diperkembangkan dengan cara mekanik (seperti dengan menggunakan jarum), cara fizikal (seperi kejutan suhu) atau cara kimia dengan menggunakan beberapa bahan kimia, dan boleh berkembang kepada peringkat-peringkat perkembangannya. Dalam beberapa spesis kehidupan, cara pembiakan sebegini (‘parthenogenetic’) merupakan satu perkara biasa.


Allah subhanahu wata ‘ala telah memberikan jawapan yang pasti dan menggunakan Nabi Adam alaihissalam, nabi yang juga diimani Kristian, sebagai satu contoh seorang manusia yang tiada bapa mahupun ibu. Orang-orang Kristian menanggap satu perkara yang tidak lojik jika manusia boleh dilahirkan tanpa bapa.
Justeru, Allah subhanahu wata’ala telah menunjukkan kepada mereka satu perbandingan dengan seorang manusia tanpa ibu dan tanpa ibu, iaitu Nabi Adam alaihissalam. Al-Quran menyebut (Surau A-Li-‘Imraan, 3: Ayat 59) yang bermaksud:

”Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.”

Allah subhanahu wata ‘ala telah mentakdirkan akan berlakunya perkembangan dan penemuan-penemuan sains yang pesat yang akan menunjukkan bukti demi bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran. Inilah caranya Al-Quran dipernyatakan kepada manusia sepanjang masa. Ayat-ayatnya diketahui oleh ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli sains terkemuka Islam kini dan akan dating. Sains tidak akan dapat menandingi keluarbisaan Al-Quran.

“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji” (Maksud al-Quran Surah Saba’, 34: Ayat 6)

Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Agung berfirman
(Surah Saad, 38: Ayat 88) bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi”.


FirmanNya lagi
(Surah Fussilat, 41: ayat 53) bermaksud:
“Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

Telur(Ovum)
Air Mani (Sperma)

Zigot

No comments:

Post a Comment

 

Bio-Quran : Kejadian Manusia © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates