Wednesday, September 15, 2010

Peringkat Perkembangan Janin Menurut Al-Quran

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian malaikat akan bertanya, “Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia kehendaki” (Sahih Muslim- Kitab Al-Qadar).

Gambarajah ini menunjukkan janin ketika berumur 35 hari (Tidak ditunjukkan- peng), yang tidak menyerupai manusia. Gambarajah seterusnya menunjukkan janin yang sama ketika 42 hari. Setakat ini, kata Dr. Persaud, kita tidak dapat camkan bentuk manusia. Kita boleh lihat gambarajah ini, , menunjukkan janin di hari ke-42 Seminggu kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus selepas 42 hari, bentuknya bertukar secara mendadak seperti yang dapat kita lihat (Hadis Nabi sallallahu’alaihiwasallam berbunyi (maksud):

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang . . .”


Embrio

Pembentukan Muka Janin

Jika amalan-amalan lucah berlaku di kalangan manusia dan kemudiannya menjadi satu amalan biasa dan terbuka, wabak dan penyakit-penyakit baru yang tidak pernah ada sebelum ini akan merebak di kalangan mereka” (Ibn. Maajah, Al-Hakim)

Dan ini adalah huraian seorang saintis iaitu Profesor Persaud mengenai Hadis ini:

“Memang diterima umum bahawa penyakit yang berlaku dalam ‘uterus cervix’ (rahim) berhubung-kait dengan umur wanita, kekerapan hubungan kelamin, dan bilangan pasangan seksnya. Beberapa kajian mengenai wabak penyakit telah menunjukkan hubung-kait yang nyata di antara bilangan pasangan seks dan berlakunya masalah penyakit rahim ‘cervical carcinoma’. Akibat dan bahaya hubungan seks rambang dan hubungan seks di luar tabii telah dinayatakan di dalam Hadis ini sejak 1400 tahun dahulu. Perkataan amalan lucah ini mencakupi perzinaan, hubungan seks rambang, dan saya diberitahu: hubungan sejenis, hubungan dengan binatang, dan lain-lain hubungan seks diluar tabii, dan penyakit-peyakit seperti Herpes dan IADS ialah contoh-contoh penyakit-penyakit baru yang tiada penawarnya.

Kini baru kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan oleh Hadis tersebut kerana hubungan sejenis, pelacuran dan amalan-amalan lucah telah berkembang dan menjadi satu amalan yang dibenarkan di negara-negara barat. Hanya beberapa tahun selepas revolusi seklah penyakit-peyakit yang dinyatakan Profesor Persaud merebak dan sesetengah daripadanya, seperti AIDS, mendatangkan bahaya kesihatan yang teruk dewasa ini. Sabda Nabi sallallahu’alaihiwasallam amat tepat sekali. AIDS) ialah satu contoh yang amat baik untuk mengambarkan penyakit yang tidak wujud sebelum sebelum ini, tetapi telah timbul dan ramai manusia yang risau kalau-kalau mereka telah dijangkiti virusnya.

Bagi saya, Muhammad (sallallahu'alaihiwasallam-pent) ialah seorang manusia biasa. Baginda tidak boleh membaca mahupun menulis. Malahan beliau seorang yang buta-huruf. Kita bercakap mengenai zaman 1400 tahun yang lalu, dan terdapat seorang manusia yang buta-huruf tetapi memperkatakan (sabda-pent) sesuatu yang amat bertepatan dengan sains. Secara individu, saya tidak nampak ini satu kebetulan, kerana terlalu banyak perkara yang tepat, tidak sukar untuk saya menerima bahawa ini (Hadis) ialah sesuatu yang diilhamkan Tuhan ataupun suatu wahyu yang membuatkan baginda sallallahu’alaihiwasallam berkata (sabda-pent) sedemikian..

Daripada ilmuNya, wahyu-wahyu itu telah Allah subhanahuwataala turunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Allah subhanahuwata’ala berfirman bermaksud (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166):

“. . . tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, . . . .” (Makna penuh: Sila lihat di bawah)

Kitab ini, Al-Quran, ialah satu Petunjuk, Bukti, satu Kebenaran yang terbukti dan akan kekal dengan manusia hingga Hari Kiamat.


Makna Ayat Sepenuhnya.. “(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)” (Maksud Al-Quran Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166).

Dan sehingga ke hari kiamat, orang kafir laknatullah akan terus menyesatkan diri kita dengan idologi-ideologi karut mereka. Oleh itu, berpeganglah kepada Al-Quran yang sememangnya benar dan Hadis Rasulullah. Saya sangat berharap dengan hubungan antara biologi dan Al-Quran ini dapat kita terus bertakwa, berusaha menanamkan diri dengan Al-Quran seterusnya menaikkan Islam.Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

 

Bio-Quran : Kejadian Manusia © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates