Wednesday, September 15, 2010

Hubungan Antara Al-Quran dan Sains

Sains moden telah memberitahu kita bahawa perkembangan manusian di dalam kandungan melalui beberapa peringkat. Sedangkan Al-Quran telah menyatakan perkara yang sama sejak 1400 tahun yang lalu.”

Selepas penciptaan mikroskop di kurun ke-16, para doktor kurun ke-17 mempercayai bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada air mani lelaki sahaja, khasnya ‘sperma’ lelaki. Teori ini dipakai oleh ahli-ahli sains kurun ke-17 dan sebahagian daripada kurun ke-18 untuk menegakkan kepercayaan mereka bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada ‘sperma’ lelaki sahaja. Tetapi, apabila di kurun ke-18b penemuan sains menunjukkan telur wanita (‘ovum’ ) jauh lebih besar daripada ‘sperma’, mereka terus melupakan peranan lelaki (dalam pembentukan manusia) sebagaimana mereka melupakan peranan wanita di kurun ke-17.

Penemuan fakta bahawa perkembangan embrio manusia melalui beberapa peringkat hanya ditemui di pertengahan kurun ke-19.

“Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?” (Maksud Al-Quran Surah Nuh, 71: Ayat 13-14)

“Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita . . .” (Maksud Al-Quran Surah Az-Zumar, 39: Ayat 6- untuk makna penuh, sila lihat dibawah)

“Mungkinkah ayat-ayat ini dinyatakan secara kebetulan?” Lebih-lebih lagi Al-Quran telah menamakan setiap peringkat itu; pertama ialah ‘nutfah’, atau setitik air; yang kedua ialah ‘alaqah, sesuatu yang menyerupai lintah; yang ketiga ialah ‘mudghah’, atau sesuatu seperti dimamah; dan keempat ialah peringkat tulang, dan pembungkusan tulang dengan daging. Justeru, adakah ini semua kebetulan sahaja?
Terdapat pula kata-kata belakang dari saintis Barat yang bagi saya sangat tidak masuk akal iaitu..,
Mungkin Muhammad sallallahu’alaihiwasallam mempunyai sebuah mikroskop yang berkuasa tinggi.

Pengetahuan yang amat khusus dan terperinci yang terdapat di dalam Al-Quran ini hanya boleh ditemui dengan menggunakan mikroskop berkuasa tinggi. Dan sesiapa yang ada teleskop sedemikian mesti juga ada teknoloGi tinggi yang sepatutnya terserlah dalam cara kehidupan hariannya, rumahnya, makanannya, kawalan dan pengurusan peperangannya dan seruan damainya, dan lain-lain. Dan tuan juga tahu perkembangan teknologi ialah satu proses yang bertalian dari satu generasi ke generasi.

Kebolehan mikroskop pertama yang dicipta hanya dapat membesarkan hanya setakat sepuluh kali ganda sahaja dan gambarnya juga tidak begitu jelas.

Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam tidak pernah memiliki peralatan sains mahupun mikroskop. Kesimpulan yang masuk akal hanyalah hakikat bahawa baginda sallahu’alaihiwasallam ialah seorang rasul Allah subhanahuwata’ala.

Ringkasnya, Al-Quran menerangkan bukan sahaja perkembangan luaran janin, malahan juga peringkat-peringkat perkembangan dalam janin, pembentukan dan perkembangannya, menekankan peristiwa penting yang dibincangkan oleh sains terkini.

Contohnya, gambarajah ‘mudghah’ – seperti sesuatu yang dimamah (gambar), ialah satu daripada bukti yang Profesor Johnson gunakan.



Gambarajah ‘mudghah’ menunjukkan bentuk luaran embrio dengan strukturnya yang melengkung, dan dengan bentuk yang menyerupai bekas-bekas gigitan gigi. kita nampak permukaan yang tidak rata yang memberikan bentuk yang sudah boleh dicamkan walaupun pada masa ini ianya hanya satu sentimeter panjang.

Jika kita membelah embrio itu dan ambil organ dalamnya, kita akan dapati kebanyakan daripada organ-organnya sudahpun terbentuk sebagaimana yang dapat kita perhatikan di sini. Daripada gambarajah itu, didapati sebahagian daripada sel-sel juga sudahpun dibentuk, sementara sebahagian yang lain belum lagi.

Jadi, bagaimana kita boleh terangkan mengenai embrio? Apa yang patut kita perkatakan? Bolehkah kita anggap ia sebagai makhluk yang sudah pun lengkap? Maknanya kita memperkatakan tentang suatu makhluk yang sudah siap dibentuk, dan jika kita anggap ianya suatu makhluk yang belum lengkap, maknanya kita membincangkan tentang makhluk yang belum lagi dibentuk, persoalannya: Adakah embrio suatu makhluk lengkap atau belum lengkap? Tiada huraian yang lebih baik mengenai peringkat perkembangan embrio ini selain daripada ayat Al-Quran yang bermaksud:

“. . . . mudghah (sesuatu yang seperti dimamah) seketul daging yang disempurnakan dan yang tidak disempurnakan . . . “ (Maksud Al-Quran, Surah Al-Hajj: Ayat 5) Sila lihat dibawah untuk makna keseluruhan ayat ini.

Inilah kesimpulan yang dilakukan seorang professor yang bernama Marshall Johnson mengenai kajiannya:

Sebagai seorang ahi sains, saya hanya mengambil kira sesuaru yang saya boleh nampak. Saya memahami ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan kepada saya. Sebagaimana contoh yang saya berikan sebnelum ini, jika saya bayangkan saya hidup di zaman itu (zaman nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam-pent), saya tidak akan berupaya untuk menerangkan apa yang telah diterangkan (oleh Al-Quran-pent). Saya tiada apa-apa alasan untuk menafikan bahawa Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam) telah memperolehi maklumat ini daripada sesuatu sumber. Saya tidak alasan untuk menafikan bahawa terdapat satu camputangan kuasa Tuhan di dalam apa yang dia (sallallahu’alaihiwasallam-pent) telah tuliskan. (Nota- sebenarnya Nabi Muhammad sallallahu’alahiwasallam tidak menulis Al-Quran kerana baginda seorang yang tidak tahu menulis. Sebaliknya ia disalin oleh sahabat-sahabat baginda sallallahu’alaihiwasalllam selepas baginda mendapat wahyu-pent)

Benar, Al-Quran ialah Wahyu Illahi. Pilihan yang ada untuk seluruh manusia ialah untuk menurut tauladan yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli sains terkemuka ini yang telah pun mengaku Allah subhanahuwata’ala telah mewahyukan kepada nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam, satu kitab yang dipenuhi oleh Ilmu-Ilmu Allah subhanahuwata’ala. Allah subhanahuwata’ala juga telah berjanji bahawa manusia akan menemui tanda-tanda kekuaasaannya yang akan membuktikan bahwa Al-Quran itu ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah subhanahu wata’ala.

Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha teerpuji berfirman (Surah 38: Ayat 88) bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi”.

Allah subhanahuwata’ala juga berfirman bermaksud:

“Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannuya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya. (Al-Quran Surah Al-An’am, 6: Ayat 67).


FirmanNya lagi:

“Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Al-Quran, 41: 53)

Keadaan Janin Setelah Sebulan di dalam Rahim Ibu

1 comment:

Unknown said...

subhanallah. disini ada keterkaitan hukum newton dengan al quran. silahkan dibaca http://bhusnan.blogspot.com/2013/02/eksistensi-hukum-newton-dalam-al-quran.html

Post a Comment

 

Bio-Quran : Kejadian Manusia © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates